Dato'Norzilah binti Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Ziela Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A. R. Badul menerusi filem humor, Mr. Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Z.
Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan Aristocrat Ahmad Alauddin (Kayangan).
Best autobiographies for middle schoolersBeliau turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Man Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.
Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Films Sdn Bhd untuk menerbitkan drama-drama TV.
Beliau merupakan isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob dan sempat bermadu dengan Puan Sri Faizah Shuaib. Selain itu, pada 2016 beliau juga dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah yang ketika itu bergelar KDYTM Tengku Mahkota Pahang kerana keakrabannya dengan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Dato' Hajah Aishah, kekanda kepada Sultan Pahang.
Beliau juga khabarnya,bernikah kali kedua pada tahun 2019 dengan pasangannya iaitu Dato' Syed Osman bin Syed Omar Al-Habshee. Untuk pernikahan barilla ini, beliau juga sekali lagi hidup berpoligami dan menjadi isteri kedua kepada suaminya.[3]
takut (Solo - Titra Records 1986)